Urus tabdir rekod adalah penting dalam organisasi, tidak kira sektor kerajaan, swasta, IKS atau institusi pendidikan. Namun, masih banyak organisasi menghadapi pelbagai cabaran dalam memastikan rekod diurus secara sistematik, selamat, dan mudah dicapai.
Risiko Kehilangan dan Kerosakan Rekod
Dokumen kertas boleh hilang atau salah tempat
Rekod kertas boleh rosak akibat kebakaran, udara, atau faktor persekitaran lain.
Keselamatan dan Kerahsiaan Rekod
Lebih sukar untuk mengawal siapa yang boleh mengakses rekod.
Rekod kertas lebih mudah dicuri atau disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tidak Efisien dalam Akses dan Pencarian Serta Ruang Penyimpanan yang Terbatas
Mengambil masa untuk mencari rekod tertentu dalam timbunan dokumen
Kesukaran mengakses dan mengurus rekod, terutamanya jika berada di lokasi yang berbeza.
Berpindah atau berhenti kerja
isu utama ketidaktemuan rekod rekod, dan amat sukar untuk mendapatkan semula maklumat dari pegawai yang telah berpindah atau berhenti kerja.
Pengurusan rekod OSH bukan sekadar simpan dokumen, tapi proses sistematik bagi memastikan maklumat selamat, sahih dan mudah dicapai. Organisasi wajar bertindak proaktif beralih kepada sistem yang lebih cekap dan profesional.
OSH Safety Record Management (SRM) adalah satu sistem pemudah cara untuk merekodkan maklumat OSH
Sistem ini akan membantu majikan dan Pengamal Pengamal OSH-->SHO,OSH-C,SSS, pegawai khas yang dilantik dan lain-lain menguruskan rekod rekod dengan lebih mudah dan sistematik.
Sistem ini berupaya mengumpulkan maklumat dalam bentuk data, dokumen (berbagai format) video,gambar dan lain lain. Ianya adalah proses peralihan kepada data dokumen digital dengan mengubah format dokumen fizikal menjadi dokumen digital.
Melalui pengalaman dan pemahaman kami terhadap cabaran sebenar di lapangan, kami yakin bahawa SRM Software adalah solusi terbaik untuk membantu OSH Coordinator dan syarikat anda melaksanakan pengurusan keselamatan yang lebih cekap, tersusun dan profesional.
Penerangan Modul Modul SRM
Sistem SRM (Safety Record Management) direka bentuk secara modular bagi memudahkan organisasi memilih dan mengurus elemen-elemen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) yang paling relevan dengan keperluan mereka.
Setiap modul dibangunkan untuk berdiri sendiri tetapi boleh diintegrasikan antara satu sama lain. Ini membolehkan organisasi untuk memulakan penggunaan secara berskala kecil, dan kemudian mengembangkan sistem mereka secara berperingkat selaras dengan keperluan operasi atau pematuhan perundangan.
Berikut ialah 12 jenis pengurusan rekod yang membentuk rangka utama sistem SRM. Setiap jenis merangkumi beberapa modul berkaitan
Sistem sistem yang dicadangkan
Arh Data Solution menawarkan pelbagai sistem pengurusan rekod yang dibangunkan khas menggunakan platform Microsoft Access, direka untuk memenuhi keperluan industri, firma kompeten dan komuniti. Sistem-sistem ini membantu memperkemas urusan rekod, audit, laporan serta pematuhan undang-undang. Arh Data Solution juga menawarkan lain lain sistem untuk kegunaan umum.
Sistem OSH lengkap yang direka untuk membantu syarikat dan organisasi menguruskan rekod berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan (OSH) secara sistematik. Dibahagikan mengikut sektor seperti berikut:
🔧 SRM untuk Industri & Tapak Bina
SRM untuk Industri Kecil & Sederhana (IKS)
SRM untuk Tapak Bina
SRM untuk Lain-lain Sektor
🏢 SRM untuk Firma Yang Kompeten
Pemasang, Penyelenggara dan Perombak Mesin Angkat
Pembuat, Pembaikpulih dan Kelayakan Semula Silinder LPG
Kontraktor Petroleum
Pembuat dan Pembaikpulih Dandang
Pembuat Mesin Angkat
Pembuat dan Pembaikpulih Bejana Tekanan
Pemasang, Penyelenggara dan Pemeriksa Lif, Eskalator & Dumbwaiter
Ciri ciri utama SRM sebagai Alat Pengurusan OSH yang Efektif dan Profesional
Mengikut piawaian JKKP – Modul dibangunkan berpandukan Elemen Audit OSHWA
Urusan dokumentasi lebih sistematik – Semua rekod disimpan secara digital dan mudah dicapai bila diperlukan.
Menjimatkan masa dan kos – Laporan automatik, tiada keperluan untuk cetakan atau fail fizikal yang banyak.
Mudah digunakan oleh OSH Coordinator – Sesuai untuk pengguna tanpa latar belakang IT.
Sistem-sistem ini boleh disesuaikan mengikut keperluan organisasi dengan penambahan modul modul jika diperlukan.
Kesemua sistem dibangunkan dalam bentuk sistem local (offline) yang tidak memerlukan internet untuk berfungsi.
Kenapa Dibina Secara Local?
✅ Boleh digunakan serta-merta tanpa server
✅ Kos lebih rendah tanpa yuran hosting bulanan
✅ Data hanya disimpan secara tempatan – lebih selamat
✅ Sesuai untuk organisasi kecil dan sederhana
✅ Mesra pengguna bukan teknikal – boleh digunakan oleh penyelia, AJK, staf biasa
Struktur sistem ini juga telah direka bentuk untuk mudah dinaik taraf ke versi online/cloud jika organisasi ingin:
Gunakan sistem secara berbilang pengguna dari lokasi berbeza
Simpan data di pelayan luar (cloud storage)
Gunakan ciri tambahan seperti dashboard, login pengguna, emel automatik, atau integrasi sistem
Dengan pendekatan modular, sistem SRM Arh Data Solution membolehkan pengguna memulakan dengan sistem lokal dahulu dan menambah ciri atau naik taraf ke cloud mengikut keperluan dan kemampuan semasa. Ini menjadikan ia satu pelaburan digitalisasi rekod yang praktikal, fleksibel dan mesra bajet.
Spesifikasi Perisian
Sistem Operasi: Windows
Pangkalan Data: Microsoft Access 2013 & ke atas
Saiz Perisian: Lebih kurang 50MB
Peranti Serasi: Boleh dipasang pada:
Komputer Desktop atau PC
Komputer Riba / Notebook
Pelayan Tempatan (Local Servers)
Sistem Luar Talian:
Ini adalah sistem sepenuhnya luar talian yang tidak memerlukan sambungan internet untuk beroperasi.
Sesuai digunakan di lokasi yang selamat tanpa kebergantungan kepada cloud atau rangkaian luaran.
Latihan dan Penyelenggaraan
Latihan Penggunaan
Menyediakan latihan komprehensif untuk pengguna .
Menyediakan Modul Latihan .
Video manual penggunaan SRM
Sokongan dan Penyelenggaraan
Menawarkan sokongan dan penyelenggaraan berterusan selama 3 bulan untuk memastikan perisian terus memenuhi keperluan syarikat. Kemas kini berkala untuk meningkatkan fungsi dan menangani sebarang isu yang muncul.
Overview
Sesi Demo Eksklusif 1-on-1 Secara Dalam Talian
Kami menawarkan sesi demo peribadi secara dalam talian, tanpa sebarang kos dan tanpa tekanan. Ini adalah peluang terbaik untuk anda melihat secara langsung bagaimana sistem SRM kami dapat menjadi aset strategik dalam memperkukuh pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di syarikat anda.
Abd Rahman Hasan
Director
ARH Data Solution
Hp : 0193502349
Email: abdrhasan@gmail.com
Hubungi kami melalui WhatsApp jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami.
Visitor